Selasa, Mei 31, 2011

LUAR GARISAN



KALAH

Melayar resah hembusan jiwa,
menyusur arus tersasar duga,
laungan tenggelam di dasar harap,
merintih sepi tangisan terkandung,
bayang terlindung mentari tersinggung,
merenung...

Lalu...
bertambah gundah menentu gelisah,
menyerah parah menuju punah,
menghindar hakikat menepis matlamat,
terjebak...
sebak...

Lalu kalah itu...
mengajar erti cekal
menginsafi erti kesal
menggugat erti kebal
menyedari erti kekal..

POTRET CERMINAN



RUANG HARAPAN

Di ruang jagat permai ini
terasing unggas peribadi
membungkas dalam tangkas
tergorek tanah kalbu sendu
jaringan sakti wujud alam
dalam kebun kendiri yang pacal.

Puncak pohon budaya melambai sayup
ke dataran gersang kemajuan
terkopek batang warisan moyang
meniti tanah kontang
yang dambakan rumput kemajuan
untuk disiram baja kecanggihan
dalam menyubur tunas pembangunan.

Dewasa ini terasyik gundah
dalam pencarian keberkatan ukhwah
mencermin wajah sejarah
menggambarkan jerih payah
membentuk keyakinan bangsa
memunggah kejatian budaya
di pelabuhan persaingan buana.

Awan kelam mendung wawasan
meredup pesona gigih dipupuk
teknologi merangang enekmen terjah
diuja tari meniti pentas kestabilan
menongkah segak di tabir semalam
tirai dibuka menyinsing waktu
mengabdi visi mengejar misi
menggunung teguh menara impian
terus memuncak langit disergah.

Terkakulah pejal yang mundur
dibeku salji kemajuan sejagat
melonggokkan pembangunan moden
merealisasikan keberkatan ummah
untuk diserap kepimpinan bestari
menjayakan kemakmuran dalam kepesatan
menghadirkan kita di jalan percubaan-Nya.

SUATU KEBESARAN

Dingin bayu meramas tubuh kerdilku
menyejuk jiwa yang membahang
ketikaku berada di puncak nyata
membias mata syukur
lantas hati pun tertawan dengan alam

Jernih air mengalir deras
penghubung benua antara benua
menghidupkan segala yang bernyawa
kebesaran-Mu semakin aku kagumi
dalam menempuh realiti kehidupan.

Siulan unggas berlagu riang
menggamit orkestra belantara
bagai memuji kebesaran

menyeimbang rantaian konsep alam
yang wujud atas keizinan Maha Pencipta.

Ya Allah,
Kaulah Maha Pengasih dan Penyayang
menghidup dan mematikan kami
Kaulah Maha Pencipta Agung
kewujudan-Mu menginsafkan aku
dengan segala ciptaan dan kebesaran-Mu.

MANOK



Isnin, Mei 16, 2011

REMAJA

Kau daki gunung peribadi
mencari puncak kematangan diri,
sekali tergelincir ke gaung goda
kau tersesat di hutan duga.

Kau belayar di lautan usia
menyusur arus alam dewasa,
sekali ombak nafsu melanda
kau hanyut ke pantai dosa.

Kau berlumba di litar pendidikan
bersaing hebat meraih ilmu,
sekali terpesong ke selekoh hiburan
kau leka pelajaran utama keseronokan.

Kau redah hutan pembangunan
berbekal kompas penunjuk ijazah,
sekali pengaruh luar menjajah
kau terus menukar sejarah.

Kau susuri sungai digital
menjala "IT" di tebing tercanggih,
sekali mahir teknologi terkini
kau leka di dunia maya.

Kau damba satu kelainan
mendapat racun khayal satu cabaran,
sekali perasaan ingin mencuba
kau terus terjebak dalam derita.

Kau membentuk puak sendiri
menyisih diri dari masyarakat,
sekali berlaku selisih pendapat
kau merusuh tak fikir akibat.

Kaulah penentu di masa hadapan
penentu segala kejyaan,
sekali kau lakukan kesilapan
segeralah balik ke pangkal jalan.

Remaja...
bermulalah pencarian identiti,
gerak hati dikuasai emosi
terperangkap ilusi ciptaan sendiri.









Sabtu, April 30, 2011

DUNIA KECILku

pandangan disekat rasa
tekad restu naluri budi
inginku berkata;
"inikah yang dinamakan dunia'
telah timbul segala duga
bermain cerita tentang usia.

aku hanya mampu tersenyum
menongkah dagu yang gebu
disekelilingku nikmat dicari
dihiasi fantasi dan dusta
terjebak bukan kehendak
dalam permainan serba serbi
duniaku masih mengecil
maka tersekat niat hajat.

fokus bermula di hadapan
dewasa memanggil-memanggil
aku ketawa dalam hilaian yang turut serta
pujian umpama dari langit
hamburan ibarat emas di lautan.


Aku fasrah dan gembira
kerana aku hanya si kecil
cuma melihat dunia dengan mata.

mEI2011