Isnin, Mei 16, 2011

REMAJA

Kau daki gunung peribadi
mencari puncak kematangan diri,
sekali tergelincir ke gaung goda
kau tersesat di hutan duga.

Kau belayar di lautan usia
menyusur arus alam dewasa,
sekali ombak nafsu melanda
kau hanyut ke pantai dosa.

Kau berlumba di litar pendidikan
bersaing hebat meraih ilmu,
sekali terpesong ke selekoh hiburan
kau leka pelajaran utama keseronokan.

Kau redah hutan pembangunan
berbekal kompas penunjuk ijazah,
sekali pengaruh luar menjajah
kau terus menukar sejarah.

Kau susuri sungai digital
menjala "IT" di tebing tercanggih,
sekali mahir teknologi terkini
kau leka di dunia maya.

Kau damba satu kelainan
mendapat racun khayal satu cabaran,
sekali perasaan ingin mencuba
kau terus terjebak dalam derita.

Kau membentuk puak sendiri
menyisih diri dari masyarakat,
sekali berlaku selisih pendapat
kau merusuh tak fikir akibat.

Kaulah penentu di masa hadapan
penentu segala kejyaan,
sekali kau lakukan kesilapan
segeralah balik ke pangkal jalan.

Remaja...
bermulalah pencarian identiti,
gerak hati dikuasai emosi
terperangkap ilusi ciptaan sendiri.









Tiada ulasan: