Rabu, Julai 06, 2011

TUTUR KATA BERCAKAP BAHASA

Bejalan aku di lorong pertiwi
terdengar bisik pelbagai cerita
adakah aku pejuang bangsa?

Semalam aku sedari
sejernih bahasa telah digauli
toksik pencemarnya mula menular
antara kata setempat tutur merempat

Disetiap cita-cita dilaungkan
tuturku tak mungkin tergugat
oleh hambatan bahasa hebat
tamadun kitalah akan tergerak ke depan
namun, kataku tersekat lagi
tragedi pengkhianat setempat

Kuteruskan tutur dengan kata semangat
menjalin bahasa dengan percakapan yang erat
setiap detik kupertahankan niat
terasa tuturku semakin tenat
menjadi dwi martabat yang sesat.

Tutur kata bercakap bahasa
maruah adat cerminan budaya
ini milik yang harus dijaga
tergadai bahasa terlelong bangsa!

Tiada ulasan: