Berkurun hadir menyusuri
zaman
Mencapai ingatan serta iktibar
Pada detik lambaian
Baitullah
Memacu kepatuhan dan taat setia
Korban Ismail dalam bakti
Ibrahim
Mengabsah perintah Allah
restu anak soleh dijanji
hasrat
Berkat dikurniai zuriat lelaki
DI atas pohonan Iradhil
Muqaddasah
Lahirnya Ismail ke tanah suci
Menyusur relung mimpi
Ibrahim
Berbisik hajat terniat
Melunas nazar makbulnya doa
Berserah
korban putera dicintai
Demi sujud di bawah perintah ibadah
korban
Godaan Iblis menerjah tawakal
Api hasutan Syaitan
Membahang
jiwa yang cekal
Namun lut lebur munajat kalbu
Ibrahim, Siti Hajar dan
Ismail
Tabah membenteng hasrat Ilahi
Menzahir prinsip ikhlas
peribadi
demi memperkuatkan iman
menyambut takluk dugaan.
Bakti taat
perintah Al-Khalik
Mengakrab mata belati ke leher Ismail
berbekal kudrat
dan tekad Ibrahim
Menyembelih dengan keredaan-Nya
Lalu terjelma keajaiban
kebesaran
Leher Ismail memampat keras
Lut dari ketajaman pedang
Lalu
mengelus hijab diri
Sujudlah para Malaikat di langit dan Bumi
Bertitah
Raja Sekalian Alam:
“Sesungguhnya memiliki keredaan-Ku
Adalah kecintaanmu
terhadap anakmu
Penyembelihan adalah ujian yang nyata
Antara ikhlas dan
tidak ikhlas.”
Tika terhunusnya belati terakhir
bertandang Jibril
membawa kibas
Menyilih korban suci Ismail
Lalu berseru mengagungkan
kebesaran
“Allahu Akhbar, Allahu Akhbar”
Ibrahim membalas
kesyukuran
“Laa illaha Illallaahu Allahu Akhbar”
Di sahut Ismail dengan
keinsafan
“Allahu Akhbar wa Lillahil Hamdu”
Laungan keramat
ini
bermulanya kalimah Allah
Terucap di bibir sekalian
hamba-Nya
Iktibar kisah kesucian korban.
Shamsul Idzam Jamil
Mingguan Malaysia 30/10/2011
Karya Lensaku... Idzam "Pandang, Rasa dan Luah"
Blog ini menampilkan karya-karya foto saya yang diterjemahkan/dipadankan dengan karya puisi tulisan saya sendiri - *Klik pada subjek untuk melihat gambar dengan lebih jelas*
Sabtu, Oktober 27, 2012
Selasa, Julai 31, 2012
HUJAN DI KOTA DAN ANAK KECIL ITU
Lebat
hujan itu
Dinginnya
menyelubungi langkah kaku
Aku mula menyusur di bawah langit mendung
Melihat
Anak kecil di luar itu merintih
Wajahnya
termangu sayu
Menahan
perit dan gusar
Dibasahi
hujan yang mencurah
Itulah
perjuangan mencari kesempurnaan
Inilah
kemodenan
Inilah
kemajuan
Kita
hidup dalam tamadun hebat.
Lebat
Hujan itu
Mengalunkan
rentak yang bertaburan
Dalam
ketenangan jiwa yang kontang
Aku
resah walau tak basah
Aku
gelisah walau hujan tak diredah
Anak
kecil itu mendongak simpati
Mengharap
ihsan dari yang memberi
Walau
menggigil di tapak mandiri
Inilah
hakikat
Inilah
matlamat
Kita
hidup dalam mengejar harakat.
Lebat
hujan itu
Dinginnya
semakin hilang
Ketika
mentari mula mengintai.
Aku
harus maju ke hadapan
Walau
anak kecil itu terkapai-kapai
Bagaikan
karam di lautan kota
Untuk
menggapai perahu penyelesaian
Dalam
arus permodenan kemajuan
Inilah
perjuangan
Inilah
persaingan
Kita
hidup dalam mengejar kemewahan
Lebat
Hujan itu
Akhirnya
usai
Ketika
perasaan dibuai kejayaan.
Aku
melihat dan aku terpaku
Aku
mengucap dan aku terkedu
Anak
kecil terbaring kebasahan
Lena
dalam kesejukan
Bersama
tin kosong dan perut kosong
Itukah
kejayaan?
Itukah
kehebatan?
Demi meneruskan hayat
Dalam
kota yang hebat.
Aku
sampai ke destinasi
Aku
tak mengalah walau peritnya rintangan
Tapi
jiwaku mula menangis
Dan
aku tewas oleh simpati
Mengenang
nasib anak kecil itu
Yang
mula menyedarkan aku
Ada
yang lebih hebat dari perjuanganku
Ada
yang lebih penting dari matlamatku.
Akhirnya
aku terkelu dan tertunduk pilu.
2012
Khamis, Julai 26, 2012
IBUKU BUKAN PENDUSTA
Detik
berlalu di kaki waktu
Menghurai
belenggu Sang Pemimpi
Telah
pasti dinihari sepi
Mentari
menjamah rasa
Pada
angin yang mula curiga
Dengan
sengketa embun berlagu.
Aku
menguak terkebil gigil
Rendang
dedaun melambai senyum
Bagai
ibu yang membelai harum
Aku
ingin didukung
Dengan
mulutku terlopong
Kerana
aku hanya melihat
Dari
ruang fikiran yang kaku
Badan
hanya terbujur
Yang
berperang dengan waktu
Ibu,
kau kau kah itu?
Desir
bayu membisik daku:
“Di
sinilah tempat kau
Bermain
dengan alam.
Di
sini ibumu menyatukan
Kau
dengan alam.
Lalu
kau harus tempuh sendiri
Beralaskan
tikar takdir
Yang
menentu rumah nasibmu.
Ibumu
hanya pendusta
Membiarkan
kau keseorangan
Menempuh
duga sekitar
Antara
gelandangan yang terbiar.”
Tak
mungkin!
Ibuku
bukan pendusta
Dia
hanya terdesak oleh nafsu
Membiarkan
takdir menentu hala tuju!
Bayu
tersenyum sendu
Pohon
melambai pilu
Aku
memandang tanpa pengertian
Tentang
pancaroba dunia
Tentang
hakikat kehidupan
Yang
terlanjur oleh godaan
Terjerumus
dalam kancah penghinaan.
Ibu,
Aku
tetap setia menanti
Kasih
sayang sejati
Walau
dalam mimpi
Kau
datang mengucup dahiku.
2012
Selasa, Januari 10, 2012
HIJRAH PADA DIRI KE SEKIAN KALI
Dari aku yang mengenal erti kehidupan
Dengan menduga sang pencari waktu
Silih berganti ceritera baharu
Tentang jalan ke pintu abadi.
Kurenung kotak sejarah hitam
Meneliti ke petak musibah
Di situ terkandung catur hayat
Menguji kebiksanaan pemain hasrat
merungkai benteng yang buntu
dengan langkah yang ragu
Berpincang tanah getar iman
dalam menghadang lasykar nafsu
Menyusun tingkah semu.
Air mata yang tidak mengalir
Hanya menakung di kelopak kasih
Menunggu tiba saatnya gugur
Melepas jerih yang berpusar di kalbu.
Di manakah hadirmu pelangi?
Yang selalu memancar keindahan
Ketika hujan dan panas saling mengisi
Di bawah langit sengketa.
Kini ianya semakin mendung
Panas telah sirna
Dan angin mula menukar haluan
Membawa desiran memuncak ke gunung
Gemanya semakin menyebar luas
Tapi dinginnya mula membatas ke atas.
Wahai hati-hati yang terluka
jangan dibiar ianya semakin berdarah
jangan dibiar ianya semakin berdarah
usah tangisi pedihnya sejarah
Tanamlah bunga kekasih di perdu jiwa
Moga cinta akan tumbuh dipuncak rindu
Menjadi hiasan pengubat pilu.
Hari ini biarpun telah rebah
Aku bangkit dengan anugerahMu ya Rabb
Mencorak dunia yang baharu
Dengan lukisan keazaman
Mewarnai beban memori syahdu
Yang selama ini melekat di dinding kalbu.
Imanku takkan mereput
Pada dahan kehidupan yang rapuh
Naluriku tetap berpaut
Pada tiang ibadahku yang mula teguh
Jiwa ini semakin tabah
Bersatu dalam mahabbah
Mencari keredhaan ilahi
Dalam ketenangan diri
Manghadapi realiti mimpi ngeri
Azam yang ku damba ini
tak mungkin berpaling di balik mimpi
Pada jejak-jejak yang menyayat hati
Pada leluhur yang semakin kaku
Di sini aku berdiri sepi
Antara ujian dan tingkah diri
Mengukur sekujur jasad
Menghala ke ke satu matlamat.
Aku adalah aku
Dan aku tetap seorang aku
Hijrah dari segala yang pasti
Hijrahlah ke sekian kalinya
Hijrah hanya akan terhenti
Bila segala-galanya mati!
2012
Jumaat, Ogos 19, 2011
RUANG HARAPAN
Di ruang jagat permai ini
terasing unggas peribadi
membungkas dalam tangkas
tergorek tanah kalbu sendu
jaringan sakti wujud alam
dalam kebun kendiri yang pacal.
Puncak pohon budaya melambai sayu
ke dataran gersang kemajuan
terkopek batang warisan moyang
meniti tanah kontang
yang dambakan rumput kemajuan
untuk disiram air teknologi
dan ditabur baja kecanggihan
dalam menyubur tunas pembangunan.
Dewasa ini terasyik gundah
dalam pencarian keberkatan ukhwah
mencermin wajah sejarah
menggambarkan jerih payah
membentuk keyakinan bangsa
memunggah kejatian budaya
di pelabuhan persaingan buana.
Awan kelam mendung wawasan
meredup pesona gigih berarak
teknologi merangsang enekmen terjah
diuja tari meniti pentas kestabilan
menongkah segak di tabir semalam
tirai dibuka menyinsing waktu
mengabadi visi mengejar misi
menggunung teguh menara impian
terus memuncak langit disergah.
Terkakulah pejal mundur
dibeku salji kemajuan batin
yang berpaksikan kehendak sejagat
melonggokkan pembangunan moden
merealisasikan keberkatan ummah
untuk diserap kepimpinan bestari
menjayakan kemakmuran dalam kepesatan
menghadirkan kita di jalan percubaan-Nya.
terasing unggas peribadi
membungkas dalam tangkas
tergorek tanah kalbu sendu
jaringan sakti wujud alam
dalam kebun kendiri yang pacal.
Puncak pohon budaya melambai sayu
ke dataran gersang kemajuan
terkopek batang warisan moyang
meniti tanah kontang
yang dambakan rumput kemajuan
untuk disiram air teknologi
dan ditabur baja kecanggihan
dalam menyubur tunas pembangunan.
Dewasa ini terasyik gundah
dalam pencarian keberkatan ukhwah
mencermin wajah sejarah
menggambarkan jerih payah
membentuk keyakinan bangsa
memunggah kejatian budaya
di pelabuhan persaingan buana.
Awan kelam mendung wawasan
meredup pesona gigih berarak
teknologi merangsang enekmen terjah
diuja tari meniti pentas kestabilan
menongkah segak di tabir semalam
tirai dibuka menyinsing waktu
mengabadi visi mengejar misi
menggunung teguh menara impian
terus memuncak langit disergah.
Terkakulah pejal mundur
dibeku salji kemajuan batin
yang berpaksikan kehendak sejagat
melonggokkan pembangunan moden
merealisasikan keberkatan ummah
untuk diserap kepimpinan bestari
menjayakan kemakmuran dalam kepesatan
menghadirkan kita di jalan percubaan-Nya.
Isnin, Ogos 15, 2011
KEKASIH
Aku tak pernah persoalkan hati
ligat bertamu di persada rindu
bukan sekadar picisan kasih
menduga luahan bicara nista
ianya datang merawat duka
menjadi penawar lesu impian.
Aku meniti tabir malam
mencari jalur mimpi indah
hasratku ingin beradu di sinar pelangi
dan aku terbang melayang
bertemu bidadari penyeri sepi
membawa aku ke awangan kenangan.
Aku terbangun dari khilafku
lalu mereguk di jendela kasmaran.
Cintaku tak pernah menyesal silih
menyuguhiku tanpa silu
menyematkan batin menyimpulkan raga
terpaut kukuh sedihmu menyapa sendu
datang dari pengalaman syahdu
mengikatku dalam sujud doamu.
Kekasihku
bersatulah dalam kalbu
bersama senyuman yang kau tebarkan
demi menyelimuti dingin jasadku
auranya penuh hawa cinta
memenuhi ruang kamar jiwa.
Penantianku semakin dekat
pada mata yang tak lagi melihat
hanya naluri menjadi petunjuk
mencari jalan dalam kusut minda
yang memberi harapan
bertamu di Pelaminan Bahagia.
Kredit buat Effa..
ligat bertamu di persada rindu
bukan sekadar picisan kasih
menduga luahan bicara nista
ianya datang merawat duka
menjadi penawar lesu impian.
Aku meniti tabir malam
mencari jalur mimpi indah
hasratku ingin beradu di sinar pelangi
dan aku terbang melayang
bertemu bidadari penyeri sepi
membawa aku ke awangan kenangan.
Aku terbangun dari khilafku
lalu mereguk di jendela kasmaran.
Cintaku tak pernah menyesal silih
menyuguhiku tanpa silu
menyematkan batin menyimpulkan raga
terpaut kukuh sedihmu menyapa sendu
datang dari pengalaman syahdu
mengikatku dalam sujud doamu.
Kekasihku
bersatulah dalam kalbu
bersama senyuman yang kau tebarkan
demi menyelimuti dingin jasadku
auranya penuh hawa cinta
memenuhi ruang kamar jiwa.
Penantianku semakin dekat
pada mata yang tak lagi melihat
hanya naluri menjadi petunjuk
mencari jalan dalam kusut minda
yang memberi harapan
bertamu di Pelaminan Bahagia.
Kredit buat Effa..
Jumaat, Ogos 12, 2011
PENAGIH REZEKI
Dia penagih rezeki
berjawatan peminta berpangkat perayau
meraih pendapatan di lorong berbau nikmat
di celah-celah restoran menjaja kasihan
dari pelanggan yang senyum hairan
sambil menikmati bermacam-macam hidangan
ingin memberi antara simpati dan bangga diri.
Dia penagih rezeki
membawa tongkat sakti dan tin besi
yang mengetuk hati manusia leka
untuk mengenal erti sengsara
seorang yang sentiasa di selubungi gelap
bertarung mencari jalan kehidupan
demi menerangkan kamar hayat
bagi mengharungi arus dunia
di pentas kemodenan pesat pembangunan.
Semakin maju tamadun peradaban
canggih dan mewah saling didamba
namun si penagih rezeki,
tetap berjalan senada seirama
meningkah simfoni masyarakat terkini
dengan alunan lagu sepi
yang masyarakat tak ambil peduli
tentang wujudnya melodi sumbang
di tengah kerancakan orkestra kemajuan.
Dia penagih rezeki
hanya mampu meraih simpati
dengan takdir Ilahi
yang sekian lama menguji diri.
berjawatan peminta berpangkat perayau
meraih pendapatan di lorong berbau nikmat
di celah-celah restoran menjaja kasihan
dari pelanggan yang senyum hairan
sambil menikmati bermacam-macam hidangan
ingin memberi antara simpati dan bangga diri.
Dia penagih rezeki
membawa tongkat sakti dan tin besi
yang mengetuk hati manusia leka
untuk mengenal erti sengsara
seorang yang sentiasa di selubungi gelap
bertarung mencari jalan kehidupan
demi menerangkan kamar hayat
bagi mengharungi arus dunia
di pentas kemodenan pesat pembangunan.
Semakin maju tamadun peradaban
canggih dan mewah saling didamba
namun si penagih rezeki,
tetap berjalan senada seirama
meningkah simfoni masyarakat terkini
dengan alunan lagu sepi
yang masyarakat tak ambil peduli
tentang wujudnya melodi sumbang
di tengah kerancakan orkestra kemajuan.
Dia penagih rezeki
hanya mampu meraih simpati
dengan takdir Ilahi
yang sekian lama menguji diri.
Selasa, Ogos 09, 2011
AKU INGIN CINTA NAN AGUNG
Aku ingin berenang
menyusur arus mihrab
menyelam ke dasar rohani
moga ketemu mutiara iman
yang menyinar di samudera akidah.
Aku ingin berlari
mencari sejadah taubat
untuk kuhampari di pentas sufi
moga bersatu kita berdiri
berhenti di puncak ilahi.
Aku ingin terbang
menempuh angin cinta
menabur tasbih kasih
moga menyerapi badai jiwa
melembut pusaran taufan sengketa.
Aku ingin cinta nan Agung
bersatu dalam mahabbah insani
memuji keagungan ya Rabbi
dengan alunan zikrullah Kalamullah
dalam puisi ilham dari-Mu.
9 Ogos 2011 (9 Ramadhan 1432)
menyusur arus mihrab
menyelam ke dasar rohani
moga ketemu mutiara iman
yang menyinar di samudera akidah.
Aku ingin berlari
mencari sejadah taubat
untuk kuhampari di pentas sufi
moga bersatu kita berdiri
berhenti di puncak ilahi.
Aku ingin terbang
menempuh angin cinta
menabur tasbih kasih
moga menyerapi badai jiwa
melembut pusaran taufan sengketa.
Aku ingin cinta nan Agung
bersatu dalam mahabbah insani
memuji keagungan ya Rabbi
dengan alunan zikrullah Kalamullah
dalam puisi ilham dari-Mu.
9 Ogos 2011 (9 Ramadhan 1432)
Langgan:
Catatan (Atom)