Mengalir bendalir darah di teluk parah
mengerdipkan mata rambang muncul sejarah
menyaksikan perang di gelanggang tegang
satu perjuangan yang tak berkesudahan
antara pejuang kebebasan dan penghapus keganasan
siapakah yang betul antara keduanya?
Semuanya dambakan kedamaian melalui kehancuran
menagih simpati dengan mati
mengikut hati pun dengn mati
ah...!!!
darah terus mengalir di teluk parah.
Hanyir pekat darah menusuk jiwa
satu persatu rebah menyembah tanah
akhirnya kembali juga ke tanah?
mengizinkan diri menemui Tuhan
walaupun belum dijemput ilahi
menghapus musuh berkecai sendiri
yang disasar derita yang berkuasa ketawa
menjadi alasan pencetus kerakusan
aduh!!!
Takkan surut bah darah
di lautan gagah melepas marah.
Berdoalah kita kepada Allah
semoga disejukkan jiwa raga
angkara manusia akibat sengketa
yang menjadikan dunia gelanggang Neraka
doakan sejahtera dunia akhirat
mudah-mudahan tergolong orang yang mulia
elakkan bumi berdarah
kerana bumi adalah tempat beribadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan