Jumaat, Jun 03, 2011

LELABAH 1

semburan melebar jejaring hati
mula menyiap jerangkap hasrat
di situ bermulanya buruan jiwa
terkandung niat tersirat
di sebalik kecerdikan pelaku hebat


Dari segala gerak pandang cekap menduga sifat lawan
yang menghampiri mahligai khayalan
dipukau dengan kemahiran

disulam dengan kebijaksanaan

awas perangkap si Lelabah
renung yang pasti menggoda
umpan keindahan yang terbentang
disaluti racun asmara
yang tertawan pasti ditawan


Jun 2011

Tiada ulasan: