Jumaat, Jun 03, 2011

LELABAH 2

Gerak seni perlahanmu
bijak mencorak kuasa terjahan
rakus merebut sengketa sempadan
menterjemah kitab hukum alam

Jerat jaringan memutih pandangan
bagai sutera lembut yang menggoda
watak penduga penuh muslihat
mempedaya naluri jerangkap bahaya menyelubungi tarikan misteri
mangsa tertawan oleh keindahan.

Tiada ulasan: