Jumaat, Jun 03, 2011

TERMENUNG


Suntikan ubat nasib ke puncak jiwa
penentu sembuhnya angkara kecewa
segalanya berdengung
kosong mula mengalir ke saraf riang
mimpi mula berulang siang
kelopak mata bermain bayang
suara2 ghaib semakin terngiang.

Bahtera minda mula belayar
merentas samudera nostalgia
sesat dibawa arus persoalan
dalam mencari pulau jawapan.

Tiada ulasan: